malam ini
duduk ku sendiri
memecah sunyi malam
memujuk diri, memujuk hati
dan kini
sendiri lagi melayan hati
sendiri lagi termangu sepi
sendiri lagi berlagu pilu
tanpa ada rasa jemu
rasa itu sering hadir
menemani diri.
seringku pujuk hati,
janganlah kau bersedih
seringku pujuk diri,
janganlah kau menangis
tapi, sering aku memujuk..
makin ia merobek, menikam kalbu
menusuk ke dalam
jauh ke dalam
telah puas ku pujuk
tidak ia beransur reda
terasa sakit
sakit yang berulang kali ku rasakan
sakit yang tak pernah hilang
sakit yang hadir tanpa ada rasa jemu
biarlah
aku yang rasa
sakit pahit getir jiwa itu
kerna ku tahu
ada pelangi selepas hujan.
No comments:
Post a Comment